Monday, November 13, 2006

Mata memandang hati terguris

Minggu lepas mata aku sering bertembung dengan sesuatu yang tak sedap di pandang. Aku dah lah tension tunggu bas punya lah lambat dekat sejam bas tak jugak muncul2 tahap kesabaran memang menipis kepala pulak pening fistday puasa cenggitulah macam-macam angin datang. Dalam bas kepeningan aku bertambah bila terpandang sekolompok golongan remaja yang bergurau senda tanpa batasan Ya Rabbi anak sapa tuuu!!! ....Budak-budak sekarang akhlak mereka memang menyedihkan, perempuan lelaki bercampur tanpa batasan. Aku dekat situ dah tua bangka punyalah segan tengok aksi mereka. Ada beberapa pakcik menegur tapi makin dia orang buat selamba gelak makin kuat. Sedihnya semoga Allah memberi petunjuk kepada adik2ku yang semakin alpa di dalam mengenal hukum Allah.

Wednesday, September 13, 2006

13 Julai 2006 Macam-macam ada eke..eke...

TEKAD SEPI ITU INDAH

Gue ingat gue mahu menyepikan diri seketika mencari semangat yang hilang. Mencari erti hidup yang agak hambar dan kesuraman. Segalanya belum dikenal pasti gue keliru bangat. Ada masa cemberu bertandang MENGAPA? hark..hark..biarkan berlalu.. Cemburu fitrah semua manusia apa nak malunya kalau kamu dihimpit cemburu..itu sudah hukum perasaan. Ada waktunya hati dihimpit sakit hati dan keliru datang lagi..rasa diri dipermainkan seolah-olah diperbodohkan..COBAANNN...Ya Ampun...

Cool Bebeh Cool....

musafir di bumi bertuah...
senyum selalu....

Wednesday, August 30, 2006

Persandingan Gemilang Cinderella 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU

Terukir Indah Senyuman Manis Seorang Puteri Yang Kini Bergelar Permaisuri Di Samping Raja Yang Bertakhta di hati kini dan selamanya. Percayalah biarlah rahsia bukan rahsia lagi kini menjadi Cinta luar biasa Bergermerlapan dengan cahaya cinta tanpa sempadan.







Wednesday, August 23, 2006

TAHNIAH SELAMAT PENGANTIN BARU SITI NURHALIZA & DATO KHALIK

TAHNIAH KEPADA PESANGAN PENGANTIN CT & DATO K


Anak cina bersama anak benggali

Cantik dan bergaya memakai sari

Duduk bersanding manis sekali

Senyuman pengantin berseri-seri





Langit membiru indah bertebaran

bintang di dada langit nambah seri

Senyuman resah dalam debaran

Menanti saat tiba bergelar isteri

Indahnya Ciptaanmu

Jika Itu Mahunya

Sekadar Coretan

Hmmm... pedih tegang akal
mencari di mana silapnya
kau berubah sikap
waduhh.. jiwa ku di himpit resah
mencari silap diri
ku sedar ku insan tak punya apa
berlari sendirian di bumi tuhan
marathon tanpa henti
ada waktunya
mencari titik hentian
yang tak berkesudahan
selagi jasad di kandung badan
nafas dan nyawa terus bersatu
menerokai alam kurniaan ilahi
tanpa ku rasa jemu
memuji keindahannya
bersyukur aku
di beri peluang
menatap dunia penuh pancaroba
ada pahit ada manisnya.
Takbir ALlhaukabar

Wednesday, June 28, 2006

Aku adalah Aku

Blog oh blog... aku dah terlampau banyak bukak blog sampai tak tahu mana nak tulis dah eke...eke....

Still got the blues kerap benar aku dengar lagu ini sekarang... Wow!!! boombastic...sungguh apabila aku mendengar farhan AF4 menyanyikan lagu Garry Moore... Aku sokong kata-kata Adlin Aman Ramli Sejak AF1 sehingga AF3 aku rasa AF4 ni lah baru aku terdengar suara wanita yang cukup power...best giloszz... aFundi Farhan... kalau nak undi orang lain pun boleh juga...tepuk dada tanya selera....

Busyyy..busyyy... penat-penat...sekarang ni aku sedang bertemu era-era ini banyak sungguh komitmen..
weh....apa-apa pun hidup harus diteruskan