Cerpen
Kronologi Setulus Kasih
Akil melepaskan pandangannya pada kolam ikan ternakan air tawar yang telah diusahakan 6 bulan lalu. Allhamdullilah anak-anak ikan di dalam kolam ikan itu semakin membiak dan membesar. Lapang rasa hatinya usahanya sudah mula menampakan hasil. Tidak sia-sia usahanya mengusahakan tanah aruah uminya yang pernah terbiar suatu ketika dahulu. Kepulangannya ke kampung 2 tahun lepas telah merubah rupa bentuk tanah aruah uminya yang suatu ketika dahulu merupakan belukar kecil di hujung kampungnya . Di belakang kawasan kolam ikan pula Akil telah menjadikan kawasan itu sebagai tempat bercucuk tanam. Kelihatan pokok-pokok pisang telah mula berbuah. Akhirnya jadi petani moden jugalah aku. Alhamdullilah berbaloi juga aku mengambil ijazah pertanian di UPM. Tetapi kejayaan ini tidak seindah harapan. Kalaulah Umi ada lagi tentu hari ini Umi jua akan tersenyum bangga dengan kejayaanku. Kenangan bersama Umi mula melayari skrin ingatan Akil. Wajah Umi terlalu syahdu dan sendu bila ditatapi di wajah Umi ada damai, di wajah Umi ada kasih. Umi syurgaku Umi kesayanganku. Hah….Umi terlalu cepat pergi meninggalkan aku abah dan adik-adik. Bagi Kak Long dan Abang Ngah kehilangan Umi tetap di rasai tetapi kehilangan Umi bagi aku abah dan adik-adik amat kami rasai. Tiada lagi suapan kasih sayang, Tiada lagi kucupan mesra untuk kami. Hati lelaki ku turut meratap pilu melihat keadaan abah yang kesunyian tanpa kasih sayang dan teman bicara wanita sebaik dan sehebat Umi sejak Umi meninggalkan kami 4 tahun lepas.
Kronologi Setulus Kasih
Akil melepaskan pandangannya pada kolam ikan ternakan air tawar yang telah diusahakan 6 bulan lalu. Allhamdullilah anak-anak ikan di dalam kolam ikan itu semakin membiak dan membesar. Lapang rasa hatinya usahanya sudah mula menampakan hasil. Tidak sia-sia usahanya mengusahakan tanah aruah uminya yang pernah terbiar suatu ketika dahulu. Kepulangannya ke kampung 2 tahun lepas telah merubah rupa bentuk tanah aruah uminya yang suatu ketika dahulu merupakan belukar kecil di hujung kampungnya . Di belakang kawasan kolam ikan pula Akil telah menjadikan kawasan itu sebagai tempat bercucuk tanam. Kelihatan pokok-pokok pisang telah mula berbuah. Akhirnya jadi petani moden jugalah aku. Alhamdullilah berbaloi juga aku mengambil ijazah pertanian di UPM. Tetapi kejayaan ini tidak seindah harapan. Kalaulah Umi ada lagi tentu hari ini Umi jua akan tersenyum bangga dengan kejayaanku. Kenangan bersama Umi mula melayari skrin ingatan Akil. Wajah Umi terlalu syahdu dan sendu bila ditatapi di wajah Umi ada damai, di wajah Umi ada kasih. Umi syurgaku Umi kesayanganku. Hah….Umi terlalu cepat pergi meninggalkan aku abah dan adik-adik. Bagi Kak Long dan Abang Ngah kehilangan Umi tetap di rasai tetapi kehilangan Umi bagi aku abah dan adik-adik amat kami rasai. Tiada lagi suapan kasih sayang, Tiada lagi kucupan mesra untuk kami. Hati lelaki ku turut meratap pilu melihat keadaan abah yang kesunyian tanpa kasih sayang dan teman bicara wanita sebaik dan sehebat Umi sejak Umi meninggalkan kami 4 tahun lepas.
Umi pergi tanpa pesan, tanpa isyarat, tanpa penyakit. Benar kata orang. Orang baik pasti pergi cepat untuk menyambut panggilan ilahi. Pemergian Umi terlalu mudah. Ketika itu aku sedang bercuti semester menghabiskan masa di kampung bersama keluargaku. Pagi itu Umi bangun seperti biasa terlebih dahulu dari kami semua. Tanggungjawab Umi terlalu besar sebagai seorang Isteri dan Ibu aku tidak pernah nampak kekurangan Umi di dalam melaksanakan tanggungjawabnya dia terlalu baik pengasih dan penyayang. Aku bukan sekadar memuji tetapi itulah kenyataannya. Pagi itu seperti biasa kami berjemaah bersama. Azhar yang ketika itu berusia 4 tahun pun Umi turut kejutkan untuk menyertai kami menunaikan solat bersama. Selalunya Umi membiarkan Azhar lena bersama mimpinya. Aku juga kehairanan melihat kesungguhan Umi mengejutkan Azhar. Pagi itu Umi meminta kami semua mandi terlebih dahulu sebelum menunaikan solat subuh. Katanya dia ingin melihat anak-anaknya dalam keadaan segar dan bersih ketika menunaikan solat subuh.
Pagi itu juga Umi menyediakan baju melayu untuk kami bertiga Aku Abah dan Azhar untuk solat berjemaah. Umi juga telah mengenakan sepasang baju kurung begitu juga Athirah. Cara menunaikan solat subuh kami semua pagi itu cukup meriah seolah-olah pagi itu kami akan pergi menunaikan solat hari raya. Azhar nampak begitu menarik sekali dengan baju melayunya. Umi membetulkan songkok Azhar. Umi mengarahkan Azhar untuk berdiri bersama aku di belakang abah. Azhar berdiri di sebelahku sambil tersengih-sengih mempamerkan giginya yang rongak disana sini. Azhar anak manja Umi segala kemahuannya Umi turuti setiap hari dia akan menuntut gula-gula dari Umi mana giginya tak rongak. Pagi itu aku dapat merasakan ada rasa kesyahduan mengayuti perasaanku setelah selasai solat Subuh abah memulakan kuliah subuh untuk kami semua sudah menjadi tanggungjawab abah bila kami berjemaah Abah pasti memberi kuliah macam lecturer Fakulti Islam gaya Abah. Nampak bergaya cara penyampaian Abah. Untung Umi dapat suami seperti Abah cukup Ilmu dunia dan akhiratnya untuk membimbing Umi dan anak-anak. Setelah selesai memberikan kuliah subuh Abah memerhatikan kami semua. Seperti biasa aku akan menghampiri abah untuk bersalam di ikuti oleh adik-adikku. Sampai giliran Umi aku mencapai tangannya dan ku kucup tangan umi. Terasa cukup damai bila tangan Umi erat di dalam gengamanku. Umi meghadiah satu kucupan ke dahiku lama kucupan itu singgah di dahiku kepalaku di usap lembut oleh umi. Umi memperlakukan aku sperti Azhar tak ubah ketika aku kanak-kanak dahulu.
Hati ku cukup tersentuh dengan sentuhan dan kucupan Umi pada pagi itu. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi umi untuk mengucup dahi kesemua anak-anaknya. Namum kucupan umi pagi ini aku dapat merasakan satu kelainan ada rasa ketenangan. kesyahduan dan kesayuan di situ. Aku tidak tahu mengapa. Umi melakukan kucupan itu seolah-olah kucupan terakhir untuk kami semua. Setelah kami menyalami dan menerima kucupan Umi. Kini tiba giliran Umi, menyalami Abah. Abah menyambut huluran tangan dari Umi, Umi menyambut dan mengucup tangan abah agak lama. Kelihatan ada mutiara jernih yang bertakung di kelopak mata Umi. Apabila Umi mengangkat mukanya. Perlahan-lahan Abah menghadiah satu kucupan di dahi Umi pula. Umi tersenyum dan turut menghadiah satu kucupan di dahi Abah. Terasa syahdu pula aku melihat kasih sayang antara abah dan umi. Abah kelihatan kehairanan apabila melihat ada air mata gugur dari kelopak mata Umi. “Kenapa awak menangis pagi-pagi ni Aishah”. Tanya Abah gusar bimbang Sekiranya dia ada menyinggung perasaan Umi. “Tak ada apa-apa bang, entahlah pagi ini Aisyah rasa sayu dan cukup gembira dapat bersama dan berjemaah dengan anak-anak. Cuma ada jugalah rasa kurangnya sebab keluarga Along dan keluarga Angah tak ada meyertai kita. Kalau mereka turut serta tentu lagi seronok solat berjemaah beramai-ramai ya bang”. Tutur Umi lembut. Umi meneruskan bicaranya. “Abang nanti Along dan Angah balik jangan lupa sampaikan salam Aisyah pada mereka, beritahu mereka Aishah sayangkan dia”. Umi tersenyum ke arah Abah. “Aisyah kenapa nak kirim-kirim salam hari ni Angah dengan Along kan dah janji mereka nak balik hari ni sekejap lagi sampailah dia orang tu”. Ujar Abah lembut. Aku dan Athirah saling berpandangan dan tersenyum lucu mendengar kata-kata Umi yang nak berkirim-kirim salam walhal sekejap lagi Along dan Angah akan pulang”. Azhar pula di ketika itu sudah terlena di atas sejadah. Adik aku ni memang tak boleh di bawa berunding. Nak tidur tak kira tempat. Aku dan Abah bersembang di ruang tamu. Athirah pula mengekori Umi ke dapur untuk membantu Umi meyediakan sarapan untuk kami sekeluarga.
Pagi itu aku makan cukup berselera Nasi lemak sambal udang dengan petai memang makan kegemaran aku. Umi hanya tersenyum melihat aku makan bertambah sampai tiga kali. Tiba-tiba Umi menegurku. “sedap sangat ke Akil Umi tengok sampai tiga kali Akil tambah”. “Sedap sangat Umi”. Jawabku jujur sambil tersengih memandang Umi. “Tak apa lain kali kalau Akil nak makan lagi, suruh Athirah masakkan, Umi dah ajarkan pada Athirah cara-cara memsak sambal udang dengan petai tadi”. Kata Umi sambil tersenyum merenung Athirah. “Tak nak lah, Akil nak Umi yang masak jugak, Umi masak sedap kalau Thirah yang masak mesti tak sedap”. Saja aku berkata begitu untuk menyakat adik ku Athirah. Athirah hanya mencebikkan bibirnya memandangku. Aku tahu dia tak kuasa nak bertekak dengan ku kerana dia pasti kalah. Umi hanya mengeleng kepala memandang gelagat aku dan Athirah. Azhar pula masih setia di pangku Umi. Abah hanya menjadi pemerhati setia gelagat kami. Muka Abah seperti resah merenung muka Umi punuh kasih sayang. Selesai makan aku turun ke kebun bersama Abah. Umi tinggal di rumah bersama Athirah dan Azhar menunggu kepulangan Along dan Angah dirumah. Sedang kami leka melakukan kerja-kerja di kebun. Tiba-tiba kedengaran suara Athiran menjerit-jerit memanggil aku dan Abah. Athirah memberitahu Umitiba-tiba sakit kepala dan jatuh pengsan. Aku dan Abah bergegas pulang ke rumah. Ketika itu di rumah Kelihan Mak Jah jiran sebelah rumah aku sedang memicit-micit kepala Umi. Aku dan Abah menghampiri Umi. Umi tersenyum memandangku dan Abah. Senyuman Ibu tetap manis walaupun dalam keadaan muka yang pucat. “Abang dan Akil dah balik ya eloklah tu, Abang Aishah nak tidur sekejap dekat pangku abang, boleh juga abang picit-picitkan kepala Aisyah kesian mak jah dari tadi duduk picitkan kepala Aishah. Terima kasih mak jah”.
Kedengaran suara Umi agak lemah. Abah mengangkat badan ibu ke pangkuannya. Di ketika itu aku turut serta memicit-micit lengan ibu. Ketika itu air mataku jatuh tanpa di pinta aku bingung kesayuan menerjah di segenap penjuru jiwaku. Athirah juga di ketika itu air matanya telah membasahi lengan bajunya. Cuma Azhar yang sedang bermain-main di hujung kaki Umi. “Aishah kenapa tak beritahu Abang Aishah tak sihat boleh Abang bawa ke klinik, jom kita pergi klinik ya”. Pujuk Abah lembut. Umi memegang jemari Abah dan melemparkan senyuman. “Tak payahlah Bang, Aishah dah rasa lega sikit tadi je tiba-tiba Aishah rasa pitam. Abang Aishah nak tdo sekejap ya. Azhar mana bang”. “Azhar ke sini nak Umi pagi”. Suara Abah sudah mula bergetar. Azhar mula datang merapati Ibu, perlahan-lahan Azhar merebahkan kepalanya di perut Umi, begitulah kebiasannya kalau Umi baring sudah pasti Azhar akan meletakkan kepalanya di perut Umi. Sikap Azhar kali ini cukup berbeza dia tidak banyak bercakap. Air mukanya kelihatan sayu. Umi mula mendakap Azhar. Umi menolehku. Dan memberi isyarat pada Athirah agar dapat merapatinya. Kini Aku, Abah dan Azhar bersatu rapat dengan Umi. “Umi ngantuk sangat ni, terasa penat sangat Umi nak tidur dulu ya Anak-anak Umi. Abang Aishah ngantuk bang”. Abah bersuara sebak, Abah sudah mula dapat mengesan sesuatu bila Abah melihat wajah wanita yang dicintainya itu semakin lemah namun tetap wajak itu tenang. “Aishah mengucap Aishah”. Abah membisikkan kalimah syahdah di telinga Umi. “Terima kasih bang, Aishah menuruti kalimah yang di ajar oleh Abah dengan tenang dan teratur”. Akhirnya Umi terlena jua di pangkuan Abah. Nafas Umi turun naik dengan tenang semakin lama denyut nadi Umi semakin lemah. Aku dan adik-adik masih setia di sisi Umi. Cuma Azhar yang sudah terlena memeluk Umi.
Aku ingin mengalihkan Azhar. Tapi Abah tak izinkan Abah memberi isyarat padaku agar membiarkan Azhar terus di dalam pelukan Umi. Aku mula bersuara. “Abah nanti Umi bangun kita bawa Umi pergi klinik ya”. Abah sudah mula tidak dapat mengawal emosinya air mata Abah mula mengalir. “Akil pergi telefon Angah dan Along suruh balik segera bagitahu Umi tak sihat”. Aku yang dari tadi bingung baru tersedar sepatutnya sedari tadi aku sepatutnya menghubungi kedua abang dan kakakku. Akhirnya dengan rasa tidak sampai hati Abah meminta Athirah memisahkan pelukan antara Umi dan Azhar. Azhar mengeliat kecil apabila Athirah mengangkatnya. Abah mula mengerakkan tangannya untuk mengangkat tubuh Umi ke katil. Namum tangan Umi memegang tangan Abah seolah-olah dia tidak mahu bergerak kemana-mana. Akhirnya Abah akur membiarkan Umi terus setia di pangkuannya. Mungkin memang begitu suratan Ilahi. Umi pergi untuk selama-lamanya di pangkuan Abah. Airmata Azhar menitis laju, biar ego lelakinya kalah kerana Umi. Tiba-tiba satu balingan kecil mengenai kepalanya. Kenangannya bersama Umi di skrin layar memorinya terpadam serta merta. Kelihatan Azhar tersengeh-sengeh dengan lastik tergantung di tangannya. Azhar yang melihat mata abangnya merah. Mula tergelak hingga melilih air liur dan hingusnya. “Apa ah… Bang ni, kena lastik..ngan Gaha pun nangis-nangis… Gaha lastik Bang ngan kacang je ukannya uga atu”. Azhar bersuara pelat.
Akil yang mula menyedari kehadiran adiknya mula tersenyum memerhatikan perangai adiknya yang tidak mudah memahami perasaan orang. “Gaha engko meh sini kejap, apa ni hingus tak lap nanti abah marah tahu. Pengotor lah Gaha ni”. Akil berpura-pura memarahi adiknya. “Ala….Bang nanti aku lap ah…”. Ujar Azhar selamba. “Nah lap hingus tuh”. Akil menghulurkan tuala megelap peluhnya pada azhar. Azhar datang menghampiri abangnya itu. Perlahan-lehan dia menarik baju Akil dan megelap hingusnya dan terus berlari sambil ketawa. “Gaha…..meh sini engko kenapa lap hingus dekat baju Abang ha’. Akil menjerit geram pada adiknya. Hai budak sorang ni kalau ikutkan hati mahu jer kena sekeh ni. Akhirnya Akil tergelak sendiri mengenangkan perangai Gaha. Azhar yang mengintai Abangnya dari sebalik pokok. Akhirnya datang menyerah pada abangnya. “Bang… Sori ah….aku sengaja jer tadi”. Azhar bersuara perlahan. “Tak apalah jom kita balik lain kali gaha jangan buat macam tu lagi ya”. Azhar mengangguk-gangguk kan kepalanya dan tidak semena-mena lagi sekali dia menarik baju Akil dan mengelap air liuhnya yang meleleh. “Gaha”. Jerit Akil geram. Hai baru jer aku cakap jangan dia buat lagi pulak dah. “Bang kata jangan lap ingus, tadi aku lap air liur bukan ingus”. Jawab Azhar selamba. Aduhai adik aku sorang ni mals betul aku nak cakap ada jer lah jawabnya. Letih betul nak melayan mamat sorang ni.
